Dalam filem Eternals, Marvel melakukan kejutan dengan menyertakan adegan tambahan di akhir. Dalam adegan ini ia memperlihatkan watak Pip dan Eros lakonan Patton Oswalt dan juga Harry Styles.

Eros turut dikenali sebagai Starfox dan beliau merupakan antara spesis Eternals seperti Thanos. Malah, Eros adalah adik kepada Thanos yang lebih ceria.

Kevin Feigi mengesahkan yang Eros dan Pip akan kembali dalam projek MCU. Watak beliau adalah di dunia kosmik MCU, yang mana melibatkan aksi dan pengembaraan di angkasa. Kevin tidak mengesahkan filem mana akan mengembalikan watak ini, tetapi dengan kuasa sehebat beliau mungkin dalam The Marvels, Guardian of the Galaxy, atau Avengers: The Kang Dynasty.

Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini