Di acara SDCC, Marvel mengumumkan fasa 4 MCU akan tamat dengan filem Black Panther: Wakanda Forever dan fasa 5 akan dimulakan dengan Ant-Man and the Wasp: Quantumania.

Fasa ke-5 ini turut akan ditutup dengan filem Thunderbolts, iaitu filem yang dijangkakan adalah satu iterasi Suicide Squad untuk MCU. Filem ini dijangka akan melibatkan US Agent, Yelena Belova, Ghost, Baron Zemo dan ramai lagi.

Sebagai permulaan MCU fasa keenam, Marvel akan memulakannya dengan filem Fantastic Four yang akan ditayangkan pada 8 November 2024. Daripada filem ini, ia akan membawa penonton ke Avengers: The Kang Dynasty dan Avengers: Secret Wars yang akan ditayangkan pada tiba pada 2 Mei 2025 dan 7 November 2025.

Buat masa ini, masih tiada senarai pelakon dan jalan cerita lagi. Tetapi 2024 hanya lagi dua tahun dan jika tiada halangan, sebenarnya tidak lama mana pun untuk kita saksikan filem ini.

Sohor Kini