Marvel ketika San Diego Comic-con telah mengesahkan yang siri Echo dan juga Loki Musim Kedua akan menjadi sebahagian daripada Marvel Cinematic Universe Fasa 5 dengan kedua-dua siri tersebut diumumkan akan tiba pada suku ketiga tahun 2023.
Siri Echo sudah diumumkan sebelum ini yang akan memfokuskan kepada watak Echo yang pertama kali diperkenalkan di dalam siri Hawkeye. Charlie Cox dan Vincent D’Onofrio juga dijangka akan membuat penampilan di dalam siri ini, sebelum siri mereka sendiri tiba pada tahun 2024.
Manakala Loki musim kedua sebelum ini telah disahkan akan melibatkan pelakon-pelakon asal, ini termasuklah Tom Hiddleston sebagai Loki dengan pengarah siri Moon Knight iaitu Justin Benson dan Aaron Moorhead akan menjadi pengarah untuknya.