Dwayne Johnson akan beraksi dalam filem DC baharu, iaitu Black Adam. Beliau adalah seorang anti-hero, yang ingin menegakkan keadilan mengikut kepercayaan sendiri. Beliau terlampau berkuasa, sehingga mungkin tidak akan dapat dihentikan.

Black Adam adalah Shazam! yang tidak berperikemanusiaan. Di SDCC 2022, treler baharu dipertontonkan;

Black Adam berdendam dengan nasib beliau di masa lampau yang tidak adil. Dengan kuasa hebat dan bersifat jahat, beliau akan menentang pasukan Justice Society of America (JSA) yang terdiri daripada Hawkman, Doctor Fate, Cyclone dan Atom Smasher.

Filem ini akan ditayangkan pada 21 Oktober nanti.

Sohor Kini