Acara SDCC 2022 diteruskan lagi pada malam tadi. Kali ini adalah untuk filem-filem dan projek aksi nyata untuk DC dan Marvel.

Warner Bros. mempertontonkan treler filem DC baharu mereka iaitu Shazam! Fury of the Gods.

Dalam filem ini, Billy sudah semakin dewasa dan dalam dilema sama ada ingin tinggalkan keluarga angkat beliau atau tidak. Tetapi Billy bersama adik-beradik beliau sempat beraksi dan treler memperlihatkan Shazam! menjadi lebih berkuasa untuk menentang adik-beradik Atlas, iaitu Kalypso lakonan Lucy Liu dan Hespera lakonan Helen Mirren.

Filem ini akan ditayangkan pada 21 Disember akan datang.

Sohor Kini