Doctor Who adalah siri TV mengenai pengembaraan merentas masa yang melibatkan sejenis makhluk yang dikatakan adalah dewa masa yang menyamar sebagai manusia dan menggelar diri sebagai Doctor. Doctor ini merentas masa dengan mesin masa yang digelar TARDIS dalam sebuah reruai telefon awam British berwarna biru.

Siri ini mula disiarkan pada tahun 1963 dan masih diteruskan sehingga hari ini. Ia adalah antara siri TV aksi nyata sains fiksyen paling lama bertahan. Siri TV ini akan hadir dengan musim baharu dengan Ncuti Gatwa sebagai Doctor baharu, iaitu Doctor ke-14.

Bloomberg kini melaporkan yang Disney sedang dalam perbincangan bersama BBC untuk mendapatkan hak siaran Doctor Who untuk platform penstriman mereka, Disney+. Perbincangan ini masih berada di fasa awal dan tidak pasti bila ia akan menjadi rasmi.

Doctor Who suka untuk distrim secara sah, kerana tidak banyak platform penstriman menawarkannya. Netflix di beberapa negara ada menawarkan siri TV ini, tetapi tidak kesemua musim. Jika Disney+ berjaya mendapatkan hak penstriman, peminat Doctor Who pasti akan gembira dan Disney mungkin akan menerima lebih ramai pelanggan.

Sohor Kini