Dalam siri animasi What If…?, terdapat satu episod di mana dunia MCU telah dijangkiti dengan virus dan mengubah ramai orang menjadi zombi. Episod ini boleh dikatakan tergantung, kerana tidak menceritakan apa yang berlaku dengan semua watakj-watak ini. What If…? turut akan bersambung dengan musim kedua dan ketiga nanti.

Marvel Studios akan meneruskan kisah ini melalui siri animasi Marvel Zombies, yang akan menyertakan zombi Captain America, Scarlet Witch, Hawkeye, Ghost, Abomination, Captain Marvel, dan Okoye. Siri ini turut akan memperlihatkan adiwira yang belum dijangkiti cuba menyelamatkan diri iaitu Yelena, Kate Bishop, Red Guardian, Jimmy Woo, Death Dealer, Shang-Chi dan juga Kamala Khan/Ms. Marvel.

Bukan itu sahaja, watak Eternals iaitu Ikaris juga akan muncul dalam bentuk separa manusia separa zombi. Bersama-sama dengan beliau adalah pasukan Widow dan geng motosikal makhluk asing Skrull yang cuba meneruskan kehidupan dalam apokalips zombi ini.

Apa yang menarik dengan siri animasi ini adalah, ia bukan untuk tontonan kanak-kanak tetapi untuk penonton matang dan dewasa. Kerana ia akan menjadi satu siri animasi ngeri, ganas dan penuh dengan darah dan organ berkecai.

Buat masa ini, masih tiada tarikh siaran lagi. Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini