Semasa acara SDCC 2022, Marvel Studios turut mengumumkan yang siri animasi Spider-Man : Freshman Year akan disiarkan pada tahun 2024 nanti. Siri animasi ini dikatakan berlaku dalam dunia MCU, dan garis masa siri ini adalah sebelum Peter Parker menyertai Avengers melalui Iron Man dalam Captain America: Civil War.

Siri animasi ini turut akan diteruskan dengan musim baharu iaitu Sophomore Year pula. Disebabkan siri animasi ini berlaku dalam dunia sama dengan filem, ia menimbulkan banyak persoalan kerana siri ini melibatkan watak seperti Norman Osborn, Nico Minoru, dan juga Doctor Octopus.

Bukan itu sahaja, Daredevil juga akan terlibat dalam animasi ini dengan suara oleh Charlie Cox sendiri. Rekaan kostum adalah jenis klasik dalam komik. Persoalan yang timbul adalah, di manakah semua watak-watak ini ketika tragedi besar dalam MCU berlaku dan bagaimanakah penceritaan akan diteruskan untuk projek-projek Marvel Studios lain akan datang?

Charlie Cox menyertai MCU secara rasmi dalam filem No Way Home dan akan kembali dalam siri Echo nanti bersama Vincent D’Onofrio sebagai Kingpin.

Sohor Kini