Kali terakhir kita lihat Keanu Reeves beraksi sebagai pembunuh upahan John Wick adalah dalam filem ketiga, John Wick: Chpater 3 – Parabellum. Filem keempat adalah antara filem yang dinanti-nantikan dan sepatutnya ditayangkan bersama-sama dengan The Matrix, namun ditunda kerana pandemik.

Kini, sedang acara SDCC 2022 berlangsung – treler untuk John Wick 4 telah dikongsi;

Plot penuh filem ini masih belum didedahkan lagi, tetapi ia jelas sekali akan memfokuskan John Wick yang akan membalas dendam ke komuniti pembunuh upahan. Aksi ganas yang menarik turut dapat dilihat dan paling dahsyat adalah John Wick berlawan dengan watak lakonan Donnie Yen.

Musuh utama filem in dilihat dilakonkan oleh Bill Skarsgård, sementara Bowery King lakonan Laurence Fishburne adalah rakan kepada John. Lance Reddick dan Ian McShane dilihat masih berada di Continental Hotel dan Hiroyuki Sanada, turut dilihat akan memainkan peranan penting. Bersama-sama mereka adalah Rina Sawayama, Shamier Anderson, Scott Adkins dan juga Clancy Brown.

Filem ini akan ditayangkan pada Mac 2023 akan datang.

Sohor Kini