Biasanya filem yang akan dimasukkan ke dalam Dinsey+, tidak semestinya akan masuk dalam Disney+ Hotstar di Malaysia. Kalau masuk pun, tarikhnya mungkin tidak akan sama – contohnya filem animasi Lightyear yang kini di Disney+ tetapi masih belum ada di Disney+ Hotstar.

Terkini, Disney+ mengumumkan yang filem Logan, Deadpool dan Deadpool 2 turut akan disiarkan di platform penstriman video mereka pada 22 Julai. Filem ini adalah versi ganas dan tidak dipotong, iaitu dengan rating “R”. Kini dalam semakan kami, ketiga-tiga filem ini sudah boleh distrim di Disney+ Hotstar. Menariknya, semua filem ini juga versi ganas.

Logan adalah filem solo Wolverine yang berlaku di masa hadapan, di mana beliau sudah semakin tua dan lemah. Filem ini juga memperkenalkan watak Laura atau X-23 iaitu anak beliau yang dihasilkan di makmal. Deadpool pula adalah filem aksi komedi mengenai watak anti-hero yang boleh sembuh semula, susah nak mati, Deadpool dalam misi mencari Ajax iaitu individu yang memberi kuasa kepada watak Ryan Reynolds.

Deadpool 2 pula adalah sekuel yang menceritakan kisah Deadpool bersama Rusty, kanak-kanak yang bahaya menyebabkan Cable datang dari masa hadapan cuba menghentikannya. Ia juga adalah filem aksi komedi dan ada bermain dengan konsep rentas masa.

Bagi yang berminat, anda boleh bukan Disney+ Hotstar hari ini untuk tonton.

Sohor Kini