Detroit: Become Human iaitu permainan pengembaraan oleh Quantic Dream yang dikeluarkan pada tahun 2018 telah menerima penceritaan tambahan di dalam bentuk manga.

Berbeza dengan permainan yang memfokuskan kepada kejadian di Detroit, Amerika Syarikat – manga ini memfokuskan kepada penceritaan di Tokyo, Jepun. Manga ini ditulis oleh Saruwatari Kazami dan dilukis oleh Moto Sumida.

Penceritaan adalah mengenai seorang android bernama “Reina” yang juga berfungsi sebagai idol di Jepun. Berbanding pergaduhan di antara android dan manusia di Detroit, di Tokyo, android lebih diterima ramai, akan tetapi kebencian mula membentuk.

Episod pertama untuk manga ini boleh dibaca melalui Comic-Walker dengan episod seterusnya akan tiba pada 19 Ogos 2022. Buat masa ini, ia hanya ditawarkan di dalam bahasa Jepun.

Sumber: Kotaku

Sohor Kini