Selain mengumumkan penundaan untuk Avatar: Frontiers of Pandora, Ubisoft juga telah mengumumkan pembatalan beberapa permainan mereka, antaranya adalah Tom Clancy’s Ghost Recon Frontline yang diumumkan pada Oktober lepas dan tidak dilancarkan secara rasmi lagi.

Ghost Recon Frontline merupakan permainan battle royale sehingga 100 pemain yang akan dibahagikan kepada tiga orang sekumpulan, berbeza dengan permain battle royale biasa, Frontline tidak mempunyai circle.

Dengan pembatalan ini, ia menjadi permainan battle royale kedua dibatalkan selepas Hyper Scape ditutup pada bulan April lepas.

Selain itu, Splinter Cell VR juga dibatalkan, manakala Assassin’s Creed VR yang diumumkan bersama buat masa ini masih dibangunkan. Ubisoft juga dikatakan membatalkan dua lagi permainan yang tidak pernah diumumkan sebelum ini.

Menurut Ubisoft, pembatalan ini adalah langkah yang diambil untuk mengurangkan kos pembangunan agar dapat memberi fokus kepada pembangunan yang lebih penting.

Sohor Kini