Ubisoft melalui pengumuman prestasi kewangan mereka untuk suku pertama bagi tahun fiskal 2022-2023 telah mengumumkan yang Avatar: Frontiers of Pandora yang diumumkan akan tiba pada tahun ini, kini hanya akan tiba sekitar tahun 2023 sehingga tahun 2024.

Mereka mengatakan yang memerlukan lebih masa agar mereka dapat sepenuhnya mengambil kelebihan teknologi konsol generasi terkini. Selain itu, ia juga satu permainan yang akan menjadi permainan yang mempunyai kandungan untuk beberapa tahun.

Selain itu, Ubisoft juga mengatakan yang mereka turut akan melancarkan satu permainan yang tidak diumumkan lagi pada janka tahun yang sama berbanding dikeluarkan pada tahun ini ataupun tahun depan seperti perancangan awal.

Bagi pengumuman lanjut seterusnya untuk permainan-permainan Ubisoft, mereka juga mengumumkan yang Ubisoft Forward akan berlangsung pada 10 September 2022.

Avatar: Frontiers of Pandora diumumkan untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC.

Sohor Kini