Paramout Pictures ketika San Diego Comic-Con telah berkongsi treler pertama untuk filem Dungeons & Dragons Honor Among Thieves, iaitu filem berdasarkan permainan popular Dungeons & Dragons oleh Wizards of the Coast dan Hasbro.

Anda boleh tonton treler tersebut di bawah.

Selain memperlihatkan watak-watak yang akan di bawa oleh pelakon untuk filem ini seperti Chris Pine, Michelle Rodiguez, Justice Smith, Rege-Jean Page, Hugh Grant, Sophia Lilis, Chloe Coleman, Jason Wong dan Daisy Head. Ia juga memperlihatkan pelbagai elemen dan tempat daripada permainan asal.

Ia diarahkan oleh Jonathan Goldstein dan John Fracis Daley, mereka juga akan menjadi penulis bersama dengan Michael Gilio berdasarkan penceritaan yang dihasilkan bersama Chris McKay.

Dungeons & Dragons Honor Among Thieves dijangka akan mula ditayangkan pada 3 Mac 2023.

Sohor Kini