Ketika panel untuk The Wheel of Time di San Diego Comic-Con, Penerbit Eksekutif The Wheel of Time telah mengatakan yang beliau teruja untuk menghasilkan musim ketiga bagi siri tersebut. The Wheel of Time merupakan siri yang disiarkan di Prime Video.

Musim pertama sudah tiba sejak tahun lepas, dan musim kedua buat masa ini masih tidak mempunyai tarikh siaran. Namun ketika Comic-Con, mereka juga telah berkongsi video di belakang tabir untuknya.

Siri The Wheel of Time merupakan adaptasi kepada siri novel oleh Robert Jordan. Ia memfokuskan kepada watak Moiraine iaitu seorang Aes Sedai yang berkebolehan untuk menggunakan kuasa “One Power”. Dia sedang mencari “The Dragon Reborn” yang dikatakan boleh menghancurkan dunia atau menyelamatkan dunia daripada “Dark One”.

Sohor Kini