Apple TV+ Versi Web Kini Mempunyai Bar Carian

Platform penstriman video Apple TV+ boleh diakses pada iPhone, iPad, Mac, konsol, platform TV pintar seperti Android TV dan juga pada web. Walaupun nampak macam menarik, antaramuka Apple TV+ adalah antara yang sukar untuk digunakan dan sedikit menjengkelkan. Ia tidak begitu kemas dan rasa sedikit serabut, sehingga untuk mencari kandungan pun sukar.

Apple TV+ diintegrasikan dalam satu aplikasi, iaitu Apple TV. Ia bukan sahaja tempat untuk mengakses langganan Apple TV+, tetapi turut tempat beli/sewa video atau langgan saluran daripada platform penstriman video lain. Nasib baik pada aplikasi ada fungsi carian untuk mudah mencari kandungan yang ingin distrim.

Tetapi bagaimana dengan pengguna peranti Android yang melanggan Apple TV+, tetapi tiada peranti yang sesuai dan hanya boleh akses melalui web? Bermula hari ini, anda tidak lagi perlu risau kerana laman web tv.aple.com kini mula menyertakan bar carian untuk memudahkan anda mencari kandungan yang ingin dicari.

Versi web juga pada hemat saya lebih mesra pengguna berbanding aplikasi pada peranti Apple dan pada platform TV, kerana hanya memaparkan kandungan Apple TV+ dan tiada kandungan lain.

Sohor Kini