WB Games ketika San Diego Comic-Con yang sedang berlangsung hari ini telah berkongsi treler baharu untuk permainan Gotham Knights mereka, dan kali ia memfokuskan kepada watak Batgirl iaitu salah satu watak daripada empat watak untuknya.
Anda boleh tonton video tersebut di bawah.
Mereka sebelum ini telah berkongsi treler yang memfokuskan dua lagi watak iaitu Nightwing dan juga Red Hood dan anda boleh tontonnya di pautan berikut; Gotham Knights Tidak Lagi Dilancarkan Untuk PlayStation 4 Dan Xbox One.
Gotham Knights merupakan permainan aksi pertempuran yang berlaku di Gotham City selepas Batman telah terbunuh dan hadirnya simbol adiwira baharu. Ia akan dikeluarkan pada 25 Oktober 2022 untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC.