Faze Clan iaitu satu jenama popular di dalam industri esukan dan juga pencipta kandungan permainan video secara rasminya telah diniagakan di bursa saham Amerika Syarikat iaitu NASDAQ, dengan nama saham FAZE.

Mereka diniagakan di bursa saham melalui gabungan syarikat pemerolehan tujuan khas (SPAC) yang bernilai $725 juta (~RM3.23 bilion). Pada awal penawaran, FAZE diniagakan dengan nilai lebih kurang $11.60 dan buat masa ini ia bernilai $9.40.

CEO untuk Faze Clan iaitu Lee Trink mengatakan yang mereka boleh dikatakan sebagai jenama Gen Z pertama yang diniagakan di bursa saham, dan sudah semestinya yang pertama untuk jenama pencipta kandungan yang melakukannya.

Faze Clan bermula sebagai channel Youtube pada tahun 2010, dan kini mempunyai sehingga 90 atlit esukan dan juga pencipta kandungan. Mereka terlibat di dalam kejohanan esukan seperti Counter-Striker: Global Offensive, PUBG, Fortnite dan Valorant.

Sumber: CNBC

Sohor Kini