Perbualan Suara Discord Akan Disertakan Secara Rasmi Di Konsol Xbox

Microsoft hari ini telah mengumumkan yang perbualan suara melalui Discord akan disokong secara rasmi oleh konsol Xbox iaitu Xbox One dan juga Xbox Series. Melalui fungsi ini, pemain di Xbox boleh melakukan perbualan secara terus bersama dengan rakan-rakan melalui Discord.

Dengan adanya fungsi ini, pemain tidak lagi perlu bergantung kepada perbualan suara melalui di dalam permainan ataupun secara berasingan melalui Xbox. Ini sudah semestinya memudahkan sesi permainan dengan pemain-pemain yang tidak menggunakan Xbox.

Untuk menggunakannya, pemain perlu menyambung akaun Discord mereka kepada Xbox. Buat masa ini ia akan ditawarkan secara berperingkat untuk pengguna Xbox Insiders dan akan tiba kepada semua tidak lama lagi.

Sohor Kini