Seperti yang dianjurkan pada bulan Mei lepas, Activision sekali lagi menawarkan mod multi-pemain untuk Call of Duty: Vanguard dicuba secara percuma oleh semua pemain bermula pada semalam sehingga 26 Jun 2022.

Melaluinya pemain boleh mengakses kesemua kandungan multi-pemain termasuk juga mod zombi yang boleh dikatakan sebagai bahagian besar untuk permainan ini, dan hanya mod penceritaan sahaja yang tidak dapat dicuba.

Antara yang baharu disertakan yang pemain boleh cuba adalah peta USS Texas 1945, mod Blueprint Gun Game, dan juga round-based di peta Shi No Numa untuk mod Zombi.

Call of Duty: Vanguard sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, dan PC.

Sohor Kini