Trilogi baharu filem Halloween adalah Halloween, Halloween Kills dan akan datang Halloween Ends. Ia mula ditayangkan pada tahun 2018 dan bersambung pada tahun lepas. Kini filem ini dikatakan akan benar-benar ditamatkan pada tahun ini dengan Halloween Ends.

Treler pertama bagi filem Halloween Ends akhirnya dikeluarkan, anda boleh tonton di bawah;

Dalam treler, kita boleh lihat yang banyak tragedi ngeri berlaku dengan keluarga Laurie Strode. Ia juga memperlihatkan Laurie yang amat marah dengan Michael kerana tidak mahu putus asa dan cuba menembak dan menikam beliau. Michael juga yang dari dulu ingin mencabut nyawa Laurie cuba seksa beliau dengan masukkan tangan Laurie ke dalam pengisar sampah.

Tetapi adakah benar ini filem yang akan menamatkan riwayat Michael? Bagaimana pula dengan keluarga Laurie? Filem ini akan ditayangkan pada 14 Oktober akan datang, sama-sama kita nantikan.

Baca: Ulasan Halloween Kills – Lebih Menarik, Tapi Masih Mengecewakan

Sohor Kini