HBO telah berkongsi satu lagi treler untuk siri sampingan bagi Game of Thrones iaitu House of the Dragon. Seperti diumumkan sebelum ini, ia adalah siri yang berlaku 300 tahun sebelum kejadian siri utama Game of Thrones.
Anda boleh tonton treler tersebut di bawah.
Di dalam treler ini diperlihatkan yang Viserys I yang pada waktu menduduki takhta Iron Throne perlu memilih pewaris. Beliau berbelah bahagi di antara Puteri Rhaenyra iaitu anaknya ataupun Daemon adik lelakinya.
Perkara ini juga akan membawa kepada pergaduhan dalaman di antara Targaryen yang akhirnya membawa kepada kejadian Dance of the Dragons yang diceritakan di dalam buku Fire & Blood.