Joe Taslim akan kembali sebagai Sub-Zero dalam filem Mortal Kombat baharu, kerana beliau sudah menandatangani kontrak untuk beberapa filem. Lewis Tan juga akan kembali sebagai Cole Young dan penerbit file Todd Garner turut akan kekal bertanggungjawab untuk filem sekuel.

Baru-baru ini Deadline melaporkan yang filem Mortal Kombat 2 turut akan kekal diarahkan oleh pengarah yang sama, iaitu Simon McQuoid. Penulis filem sekuel seperti yang kami laporkan sebelum ini adalah Jeremy Slater, iaitu penulis bagi siri TV Moon Knight untuk Disney+. Butiran lanjut masih belum didedahkan lagi

Filem Mortal Kombat tahun lepas adalah filem olahan semula kepada beberapa filem dengan judul sama yang pernah ditayangkan sebelum ini. Ia diadaptasi daripada permainan video perlawanan popular dengan judul sama juga. Walaupun filem ini bukan yang terbaik, tetapi ia mempunyai konsep dan visual lebih baik berbanding filem lepas.

Sohor Kini