Leluri Studio telah mengumumkan yang animasi dalam bentuk komik bergerak mereka iaitu Naga-Naga Tasek Daksina: Lagenda Tasik Chini Bahagian 1 akan ditayangkan pada 30 Julai 2022 di saluran Youtube mereka yang anda boleh layari melalui pautan ini.

Filem animasi ini dihasilkan oleh dengan kerjasama di antara Leluri Studio, AIM Illustration dan juga Quasa Studio.

Filem ini adalah mengenai Puteri Sri Gumum iaitu puteri kepada Kerajaan Tasek Daksina yang merupakan keturunan semangat laut Dewi Tasek dan Ratu Daksina. Selain Gumum, terdapat juga watak-watak lain seperti Pahang, Kemboja, dan Raja Bhayu.

Filem ini diarahkan Imran Mansur dan Sabrina Sofiadin dengan penceritaan oleh Sabrina Sofiadin dan skrip oleh dirinya sendiri bersama dengan Damak.

Sohor Kini