Insomniac Games hari ini telah berkongsi treler baharu untuk Marvel’s Spider-Man Remastered untuk PC, ia antaranya memperlihatkan kelebihan yang disertakan bagi versi platform baharu ini.

Anda boleh tonton treler tersebut di bawah.

Antara yang diperlihatkan adalah ia akan mempunyai kualiti bayang yang lebih baik, menyokong paparan ultralebar seperti 21:9, 32:9 dan juga teknologi NVIDIA Surround multi-monitor. Sokongan ray-tracing untuk kad-kad grafik yang menyokongnya, kadar kelancaran yang tidak akan dihadkan.

Marvel’s Spider-Man Remastered di PC juga sepenuhnya menyokong DualSense seperti picu penyesuai dan juga haptik. Ia juga akan menyokong kawalan menggunakan papan kekunci dan tetikus.

Selain itu, mereka juga berkongsi spesifikasi minima, dicadangkan dan juga jika ingin menggunakan Ray Tracing. Anda boleh lihat di gambarajah di bawah.

Marvel’s Spider-Man Remastered untuk PC akan dikeluarkan pada 12 Ogos 2022 dan boleh di pra-tempah melalui Steam dan juga Epic Games Store dengan harga RM249.

Sohor Kini