Netflix hari ini, selain mengumumkan mengenai kekurangan pelanggan buat dua suku berturut-turut, serta bakal menawarkan pakej yang mempunyai Iklan, mereka juga telah mengumumkan yang bakal mengambil alih studio animasi Animal Logic yang bertempat di Australia dan Kanada.
Animal Logic merupakan studio berpengalaman yang hadir dengan filem animasi sendiri seperti The Lego Movie, Peter Rabbit dan yang terbaru DC League of Super-Pets.
Selain itu, mereka juga menghasilkan kesan visual untuk filem-filem marvel seperti Captain Marvel, Doctor Strange dan Captain America. Mereka juga sekarang sedang menghasilkan filem aksi nyata Astro Boy.
Netflix dan Animal Logic sebelum ini telah bekerjasama untuk filem The Magician’s Elephant dan yang baru diumumkan iaitu The Shrinking of the Treehorns.
Proses pengambil-alihan ini dijangka akan selesai sekitar tahun ini.