Filem Lightyear Akan Tiba Di Disney+ Pada 3 Ogos Ini

Disney+ hari ini telah mengumumkan yang filem animasi baharu oleh Pixar iaitu Lightyear akan tiba platform penstriman tersebut pada 3 Ogos 2022. Buat masa ini ia diumumkan di Disney+ dan juga Disney+ Hotstar di India, masih tiada pengumuman rasmi oleh Disney+ Hotstar Malaysia.

Lightyear adalah filem mengisahkan angkasawan Buzz Lightyear dalam dunia Toy Story, bagaimana beliau menjadi tokoh kepada orang ramai sehinggakan mempunyai figura aksi tersendiri. Memandangkan Buzz dalam filem ini adalah versi sebenar dan bukan anak patung, suara Buzz bukan dari Tim Allen tetapi Chris Evans.

Filem ini sebelum ini tidak ditayangkan di Malaysia selepas Disney mengambil keputusan untuk tidak menayangkan di sini kerana tidak ingin memotong bahagian yang dikatakan membawa unsur-unsur LGBTQ+ yang diharamkan di Malaysia.

Sohor Kini