GSC sejak dari tahun lepas telah hadir dengan kempen “Loving Autism” untuk memberi lebih kesedaran kepada masyarakat mengenai Autisme. Melaluinya, mereka telah menayangkan dua filem khas iaitu The Special dan The Reason I Jump.

Pada tahun ini, mereka menambah lagi inisiatif dengan mengumumkan dewan pawagam mesra-autisme. Dewan ini adalah berdasarkan dewan PlayPlus yang sudah tiba sebelum ini, khusus untuk sesi tontonan sekeluarga akan tetapi ia ditambahkan lagi untuk menjadikan ia lebih mesra-deria dengan lampu dimalap, dan bunyi yang diperlahankan.

Buat masa ini, dewan ini disediakan di GSC Tropicana Gardens Mall, Kota Damansara akan tetapi GSC mengatakan yang mereka akan menambah lagi dari semasa ke semasa di cawangan-cawangan lain.

Anda boleh menempah tiket untuk dewan ini dengan memilih jenis pawagam PP di cawangan Tropicana Gardens Mall.

Terima kasih Malaymail.

Sohor Kini