Blizzard Entertainment telah mengumumkan yang Diablo Immortal akan menerima kemaskini baharu sekitar hari ini dan antara penambahan utama yang disediakan adalah Penukaran Kelas. Penukaran kelas ini adalah untuk semua watak yang sudah dimainkan oleh pemain dan boleh dilakukan secara percuma.

Berikut adalah antara peraturan untuk penukaran kelas ini;

  • Penukaran kelas boleh dilakukan kepada watak yang telah mencapai tahap 35
  • Ia hanya boleh dilakukan sekali untuk setiap 7 hari
  • Paragon Trees akan di set semula
  • Selepas penukaran kelas berlaku, gear bersamaan dengan gear dari kelas sebelum ini. Jika gear tersebut boleh digunakan di kelas baharu, ia akan kekal
  • Barangan serta gear yang tidak boleh digunakan, akan disimpan di dalam inventori

Selain itu, pemain yang sudah mencapai bahagian endgame, akan mendapat Hero’s Journey iaitu koleksi misi baharu yang boleh dilakukan untuk mendapat pelbagai ganjaran. Acara masa terhad Adventurer’s Path dan Hungering Moon juga akan berlangsung pada 20 Julai sehingga 3 Ogos dan 29 Julai sehingga 1 Ogos.

Diablo Immortal sudah dikeluarkan untuk PC, iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini