Jika untuk awal bulan Julai, permainan-permainan Yakuza kembali ditawarkan di Game Pass untuk Xbox dan juga PC, kini mereka telah mengumumkan permainan-permainan yang akan ditawarkan sepanjang akhir bulan ini.

Terdapat beberapa permainan lama seperti Watch Dogs 2 dan Inside, bersama dengan permainan yang baru dilancarkan iaitu As Dusk Falls. Berikut adalah senarai permainan yang akan ditawarkan;

  • As Dusk Falls (Xbox, Cloud, PC) – Sudah tiba
  • Watch Dogs 2 (Xbox, Cloud, PC) – Sudah tiba
  • Sins of a Solar Empire: Rebellion (PC) – 21 Julai
  • MotoGP 22 (Xbox, Cloud, PC) – 21 Julai
  • Torment: Tides of Numenera (Xbox, Cloud) – 21 Julai
  • Inside (Xbox, Cloud, PC) – 29 Julai

Mereka juga mengumumkan senarai permainan yang akan meninggalkan Game Pass pada 31 Julai;

  • Dodgeball Academia
  • Katamari Damacy Reroll
  • Lumines Remastered
  • Omno
  • Raji: An Ancient Epic

Permainan-permainan tersebut ditawarkan dengan harga 20% jika anda ingin mendapatnya secara penuh.

Di pasaran Malaysia, hanya PC Game Pass ditawarkan secara rasmi di mana ia ditawarkan dengan harga RM5 untuk tiga bulan pertama dan RM15 sebulan untuk bulan-bulan seterusnya – PC Game Pass Kini Rasmi Di Malaysia.

Sohor Kini