Sepanjang bulan Januari sehingga Mac, Netflix telah kehilangan 200 ribu pelanggan di mana ia adalah buat pertama kali platform penstriman tersebut mengalami kekurangan pelanggan. Mereka juga menjangkakan yang pada suku April sehingga Jun, akan kehilangan 2 juta pelanggan lagi.

Hari ini, Netflix telah mengumumkan yang mereka masih lagi mengalami kekurangan pelanggan akan tetapi 1 juta pelanggan sahaja, iaitu lebih rendah berbanding jangkaan dan ini membantu untuk saham mereka meningkat sehingga 12%.

Netflix juga mengatakan jumlah kehilangan pelanggan di Amerika Syarikat dan Kanada adalah 1.3 juta serta 770 ribu di Eropah, Timur Tengah dan Afrika. Namun, Asia Pasifik memperlihatkan peningkatan sebanyak 1.1 juta mengurangi kesan kekurangan pelanggan ini.

Perkembangan ini sudah semestinya mendorong Netflix untuk memfokuskan lagi penawaran mereka di pasaran Asia Pasifik. Mereka sudah merancang untuk menambah lebih banyak kandungan tempatan, selain daripada menawarkan dengan harga langganan yang lebih murah di beberapa negara Asia Pasifik.

Netflix sebelum ini juga telah mengumumkan kerjasama dengan Microsoft untuk menyertakan iklan di dalam penstriman, berkemungkinan membolehkan mereka menyediakan harga langganan yang lebih rendah. Selain itu, mereka juga mula menguji mengenakan caj tambahan bagi yang ingin berkongsi akaun dengan bukan isi rumah.

Sohor Kini