Basil Iwanyk adalah seorang penerbit filem. Beliau terlibat dengan banyak francais filem hebat seperti kedua-dua filem Sicario, francais The Expendables dan antara yang paling popular – francais John Wick.

Dalam buku yang ditulis oleh Edward Gross dan Mark A. Altman, They Shouldn’t Have Killed His Dog: The Complete Uncensored Ass-Kicking Oral History of John Wick, Gun Fu, and the New Age of Action Basil berkongsi rahsia di sebalik pembangunan filem John Wick.

Semasa Derek Kolstad menulis skrip untuk filem John Wick, judul awal filem ini adalah Scorn. Watak John Wick pula sepatutnya adalah seorang warga tua berusia sekitar 75 tahun. Watak ini sama seperti John Wick, seorang pembunuh upahan yang telah pencen. Watak ini jika diteruskan sebagai seorang warga tua, pelakon pilihan adalah Clint Eastwood atau Harrison Ford.

Derek turut berkongsi dalam buku ini yang ejen beliau ketika itu menerima lima tawaran untuk dapatkan skrip John Wick. Ketika itu, skrip berjaya dijual pada Februari dan filem terus keluar pada November, kerana mereka memilih studio dengan bayaran paling rendah kerana baru ingin berkecimpung dalam dunia perfileman.

Basil menambah lagi kenyataa beliau mengenai filem ini. Beliau mempunyai kawan iaitu Jimmy Darmody, wakil CAA syarikat yang mewakili Keanu Reeves ketika itu yang mencari filem untuk Keanu berlakon dalam filem aksi. Keanu ketika itu sedang mengarah filem beliau sendiri Man of Tai Chi dan juga 47 Ronin

Selepas Keanu menerina skrip dari Basil, dan sedar beliau bukannya 75 tahun – watak ini diolah untuk disesuaikan dengan usia Keanu. Dalam buku ini, Keanu turut berkongsi yang beliau sukakan skrip filem dan gembira dapat berkolaborasi bersama Basil dan Derek.

Keanu akan kembali dalam John Wick 4 yang dijadualkan untuk ditayangkan pada Mac 2023 nanti dengan Derek dan Basil kekal sebagai individu yang memainkan peranan besar untuk menjayakan francais John Wick.

Sohor Kini