Tekken: Bloodline Tiba Di Netflix Pada 18 Ogos Ini

Netflix hari ini telah berkongsi treler baharu untuk siri animasi Tekken: Bloodline dan di dalam treler tersebut turut diumumkan yang ia akan tiba di platform tersebut pada 18 Ogos 2022. Ini adalah treler kedua, tetapi boleh dikatakan pertama untuk treler penuh.

Anda boleh tonton treler di bawah.

Di dalam siri ini, Jin Kazama belajar ilmu pertahanan diri daripada ibunya iaitu Jun Kazama, akan tetapi apabila Ogre datang menyerang, Jin tidak dapat membantu dan menjadikan dia ingin membalas dendam dan membawanya ke kejohanan The King of Iron Fist.

Tekken adalah permainan perlawanan yang dibangunkan oleh Bandai Namco, permainan terkini iaitu Tekken 7 dikeluarkan pada tahun 2015.

Sohor Kini