Resident Evil adalah francais permainan video seram bertemakan zombi yang cukup popular. Ia adalah produk daripada Capcom dan populariti francais ini turut membuatkan studio Constatntin Film hadir dengan filem Resident Evil tersendiri dengan Milla Jovovich.
Filem tersebut tidak berkait dengan filem, tetapi filem-filem animasi ada kaitannya begitu juga dengan siri animasi di Netflix tahun 2021 – Resident Evil: Infinite Darkness.
Constantin Film kini bekerjasama dengan Netflix untuk hadir dengan siri TV aksi nyata, iaitu Resident Evil yang menceritakan kisah Albert Wesker dan anak-anak beliau Jade dan Billie. Semua projek aksi nyata Resident Evil setakat ini menerima kecaman dan ulasan yang buruk, kecuali siri TV di Netflix ini yang menerima skor ulasan paling positif setakat ini oleh pengkritik.
Amaran! Beberan (spoiler) di perenggan bawah
Penerbit siri TV ini, Andrew Dabb menyatakan yang musim kedua Resident Evil jika Netflix ingin teruskan akan melibatkan watak kegemaran ramai iaitu Ada Wong. Watak in tidak muncul dalam musim pertama, tetapi watak Jade Wesker muda lakonan Tamara Smart menerima satu cebisan nota dari bapa beliau Albert lakonan Lance Reddick untuk mencari Ada untuk meminta bantuan.
Walaupun siri TV ini masih menerima kecaman dan ulasan negatif dari orang ramai, pada pendapat aku ia masih lagi antara cerita Resident Evil terbaik dan berpotensi untuk berjaya jika diberi peluang dengan musim kedua.