Tahun lepas, Netflix telah menyiarkan filem seram pembunuhan yang agak ngeri iaitu Fear Street. Filem ini adalah satu trilogi, mengisahkan satu pembunuh yang berkait terus antara setiap filem. Setiap filem mempunyai garis masa berbeza, seperti filem pertama pada tahun 1994, filem kedua 1978 dan filem ketiga 1666.

Ia juga adalah satu adaptasi daripada novel beliau sendiri. Fear Street asalnya adalah buku cerita seram untuk remaja, tetapi adaptasi filem yang ngeri dan banyak darah menjadikannya satu filem untuk tontonan orang dewasa sahaja.

Dalam satu temuramah oleh Yahoo, R.L. Stine berkongsi mengenai kejayaan filem Fear Street di Netflix. Beliau juga tidak sangka, filem ini menjadi filem slasher beliau. Dengan kejayaan ini, beliau menyatakan yang kerjasama dengan Netflix mungkin akan diteruskan untuk filem Fear Street lain.

Sohor Kini