Yoodo hari ini mengumumkan kerjasama dengan The Pokemon Company untuk hadir dengan Kejohanan Terbuka Pokemon Unite Malaysia 2022 yang merupakan kejohanan rasmi pertama bagi permainan tersebut di Malaysia.

Kejohanan ini akan menawarkan hadiah terkumpul $20 ribu. Pendaftaran untuk kejohanan ini akan dibuka pada 27 Julai sehingga 30 Ogos dengan Peringkat Akhir akan berlangsung pada 10 September 2022.

Kami akan kongsi maklumat lanjut mengenai sesi pendaftaran apabila ia diumumkan kelak.

Selain daripada kejohanan ini, Yoodo juga telah mengumumkan yang mereka akan menyertakan ’add-on’ bagi Pokemon Unite bermula bulan Ogos ini. Membolehkan pemain bermain permainan MOBA ini tanpa risaukan pengunaan data.

Pokemon Unite bakal menyambut ulang tahun pertama bagi permainan tersebut dan mengumumkan acara kolaborasi bersama kumpulan k-pop popular Itzy.

Pokemon Unite sudah dikeluarkan untuk Nintendo Switch, iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini