Bagi pemain yang juga menyukai kucing sudah semestinya ternanti-nanti permainan Stray iaitu permainan oleh BlueTwelve Studio dan Annapurna Interactive yang menjadikan pemain seekor kucing dan perlu hidup serta mengembara di dunia cyberpunk kini dilancarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5 dan PC.

Stray ditawarkan dengan harga RM129 untuk PlayStation ataupun boleh dimainkan secara percuma bagi pelanggan PS Plus Extra dan Deluxe. Manakala di PC melalui Steam ia ditawarkan dengan harga RM48.60 iaitu harga promosi pra-tempahan, ia akan berakhir selepas pelancaran secara rasmi iaitu malam ini.

Jika anda tidak pernah melanggan PS Plus sebelum ini, anda juga boleh mencuba PS Plus Extra dan Deluxe secara percuma untuk 7 hari yang akan memberikan masa mencukupi untuk mencuba bahkan menghabiskan permainan Stray ini.

Di dalam permainan ini, pemain akan mengawal seekor kucing yang pada awalnya tercedera, pemain akan melalui pelbagai kawasan dan perlu menyelesaikan tekaria dengan menggunakan gerakan biasa seekor kucing. Pemain kemudian berjumpa dengan satu robot bernama B12.

B12 bukan sahaja akan menemani pemain, tetapi ia juga akan membantu untuk berkomunikasi dengan robot-robot lain dan juga menyimpan barangan yang dijumpai. Semasa mengembara, pemain juga akan diserang oleh pelbagai penjahat antaranya adalah Zurks iaitu robot berbentuk tikus, di dalam video diperlihatkan pemain juga akan mempunyai senjata tersendiri untuk melawan mereka.

Sohor Kini