PUBG Mobile Pro League Malaysia/Singapura/Filipina kembali lagi dengan musim baharu dan ia kali ini akan berlangsung dengan format baharu. Ia akan menyertakan dua peringkat iaitu Peringkat Liga dan Peringkat Akhir.

Peringkat Liga akan berlangsung selama 3 minggu ini, sepenuhnya secara dalam talian bermula pada 20 Julai sehingga 7 Ogos. Manakala Peringkat Akhir berlangsung pada 26 sehingga 28 Ogos 2022.

Di Peringkat Liga Negara, 20 pasukan dari tiga negara termasuk juga 5 pasukan terbaik dari PMPL MY/SG/PH Spring 2022 akan dibahagikan ke lima kumpulan, iaitu 4 pasukan setiap kumpulan. Pembahagian kumpulan dan juga pasukan yang terlibat adalah seperti berikut;

Mereka akan bertempur sesama sendiri di dalam setiap kumpulan untuk 20 perlawanan, dengan 12 pasukan terbaik setiap minggu akan bertempur di peta Livik untuk mendapatkan markah tambahan. 16 pasukan terbaik akan melayakkan diri ke Peringkat Akhir.

Empat pasukan terbaik di Peringkat Akhir akan mendapat slot ke PMPL SEA Championship Fall, manakala pasukan di tempat ke 5 hingga 7 masih berpeluang melalui Play-ins bertempur dengan pasukan-pasukan lain dari Asia Pasifik.

D’Xavier selaku juara untuk PMPL SEA Championship Spring akan terus layak ke peringkat PMPL SEA Championship Fall.

Anda boleh mengikut kejohanan ini, melalui laman media sosial PUBG Mobile tempatan.

Sohor Kini