Crunchyroll hari ini telah mengumumkan yang mereka mula menawarkan harga tempatan untuk hampir 100 negara termasuk juga Malaysia (terima kasih Lowyat). Berbanding menawarkan harga di dalam USD sebelum ini, ia akan ditawarkan dengan harga tempatan yang lebih murah.

Di Malaysia ia ditawarkan dengan tiga pilihan berbeza iaitu Fan dengan harga RM9/sebulan, Mega Fan dengna harga RM11/sebulan dan Mega Fan untuk 12 Bulan dengan harga RM110. Perbezaan di antara Fan dan Mega Fan adalah jumlah peranti yang boleh digunakan serentak.

Walaupun telah menerima harga tempatan, namun kandungan yang ditawarkan oleh Crunchyroll masih lagi terhad jika ingin dibandingkan di Amerika Syarikat. Ia tidak mempunyai kebanyakan siri anime utama yang boleh didapatkan melalui perkhidmatan penstriman lain seperti Netflix dan BiliBili.

Ia juga menawarkan manga, dan seperti anime, penawaran adalah sangat terhad dan tidak sebegitu menarik.

Sohor Kini