Variety telah melaporkan yang Craig McCracken akan menghasilkan semula dua siri animasi popular iaitu The Powerpuff Girls dan juga Foster’s Home for Imaginary Friends, yang akan dihasilkan untuk studio produksi Hanna-Barbera Studios Europe.

Craig McCracken merupakan pencipta asal untuk kedua-dua siri tersebut dan Hanna-Barbera juga adalah penerbit asal untuknya.

Siri The Powerpuff Girl disiarkan pertama kali pada tahun 1998 dan mempunyai 6 musim sehingga tahun 2005. Manakala Foster’s Home for Imaginary Friends bermula pada tahun 2004 dan berkahir pada tahun 2009 selepas menerima 6 musim.

Siri baharu The Powerpuff Girl akan mengembangkan lagi dunia asal dengan ia masih mengekalkan watak Blossom, Bubbles dan Buttercup. Manakala Foster’s Home for Imaginary Friends akan menerima watak-watak baharu.

The CW sedang menghasilkan siri aksi nyata untuk The Powerpuff Girls akan tetapi mengalami masalah dengan episod pertama perlu dihasilkan semula dan pelakon utama iaitu Chloe Bennet tidak lagi bersama dengan projek tersebut.

Sohor Kini