PlayStation Mengambil Alih Platform Kejohanan Esukan Repeat

PlayStation telah dilaporkan oleh Game Industry akan mengambil alih platform kejohanan esukan iaitu Repeat.gg, ia adalah platform berbayar dan juga percuma yang membolehkan pemain untuk menganjurkan kejohanan dengan lebih baik melalui pelbagai sistem yang ditawarkan.

Antara permainan yang menggunakan platform ini adalah Fortnite, League of Legends, Dota 2, PUBG dan juga Call of Duty Warzone, di mana mereka telah menganjurkan lebih 100 ribu kejohanan yang melibatkan 2.3 juga perserta.

Walaupun selepas pengambil-alihan ini, Repeat menegaskan yang mereka akan terus membuka platform mereka untuk kesemua permainan termasuk juga yang tidak terdapat di konsol PlayStation.

Ini juga merupakan satu lagi langkah yang diambil oleh PlayStation untuk mengembangkan lagi penglibatan mereka di dalam esukan, PlayStation ataupun Sony Interactive Entertainment pada tahun lepas telah mengambil alih acara kejohanan esukan utama permainan pertempuran iaitu EVO.

Sohor Kini