Apple Kini Menyenaraikan Permua Yang Akan Meninggalkan Apple Arcade

Apple Arcade adalah perkhidmatan langganan permainan mudah alih (permua) daripada Apple. Dengan langganan ini, pengguna tidak lagi perlu lakukan pembayaran dalam aplikasi untuk membeli sesuatu atau menyahkunci sesuatu. Semua ciri premium boleh digunakan tanpa caj tambahan dan iklan juga tidak akan dipaparkan.

Dalam Apple Arcade, terdapat lebih daripada 200 permua boleh dimuat turun untuk dimainkan. Setiap bulan Apple akan menambah lagi pelbagai permua. Tetapi tahukah anda, yang Apple turut akan membuang permua dalam Apple Arcade?

Perkara ini sebelum ini tidak didedahkan oleh Apple. Kini dalam gedung aplikasi App Store pada tab Apple Arcade, kini terdapat satu bahagian khas di bawah berjudul Leaving Arcade Soon. Apple nampaknya muka memberitahu kepada umum permua yang akan dibuang dalam senarai Apple Arcade. Setakat ini terdapat 15 permua disenaraikan;

  • Projection: First Light
  • Lifeslide
  • Various Daylife
  • EarthNight
  • Atone: Heart of the Elder Tree
  • Over the Alps
  • Dread Nautical
  • Cardpocalypse
  • Towaga: Among Shadows
  • Dead End Job
  • Don’t Bug Me!
  • Spelldrifter
  • Spidersaurs
  • Explottens
  • BattleSky Brigade: Harpooner

Apple tidak nyatakan tarikh sebenar dan sebab kenapa ia dibuang. Turut tidak pasti adakah pembangun permua ini akan menyenaraikan permua mereka di App Store untuk versi biasa yang ada iklan atau memerlukan pembayaran dalam aplikasi.

Bahagian ini juga ketika saya semak, hanya boleh dilihat dalam bahasa Inggeris dan tidak kelihatan dalam bahasa Melayu. Tetapi bahasa Melayu, kesemua 15 permua ini berada dalam satu kategori.

Sohor Kini