PlayStation Plus tampaknya telah menawarkan sesi percubaan secara percuma untuk dua pelan langganan baharu iaitu Extra dan Deluxe (terima kasih VGC), sesi percubaan ini adalah untuk 7 hari dan hanya ditawarkan ke akaun-akaun yang tidak pernah melanggan mana-mana pelan PS Plus.

Cara untuk mendapatkan percubaan ini adalah dengan melayari laman langganan di pautan ini, dan pilih di antara Deluxe ataupun Extra. Anda boleh memilih untuk melanggan 1 bulan, 3 bulan ataupun 12 bulan, dan semuanya akan mendapat 7 hari percubaan secara percuma.

Bayaran penuh, mengikut pelan yang dipilih akan ditolak dari akaun anda selepas 7 hari berakhir, oleh itu jika tidak ingin meneruskan langganan ia mesti dibatalkan sebelum tempoh tersebut berakhir kerana pembayaran akan dilakukan secara automatik.

PlayStation Plus Extra dan juga Deluxe menawarkan sebilangan permainan secara percuma di dalam katalog khusus (ia berbeza dengan permainan percuma setiap bulan). Anda boleh mencuba mana-mana permainan ini sepanjang sesi percubaan, termasuk juga Stray iaitu permainan baharu yang akan tiba bermula esok.

Anda boleh baca maklumat lanjut mengenai pakej langganan PS Plus baharu ini di pautan berikut; Pakej Langganan Baharu PlayStation Plus Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia – Ini Cara Langgan Dan Naik Taraf.

Sohor Kini