Warner Bros Pictures telah mengesahkan yang pelakon tempatan iaitu Sean Lee yang juga dikenali sebagai SeanLJE menjadi pelakon suara di dalam filem animasi DC League of Super-Pets. Sean akan membawa watak Waffles iaitu seekor anjing Terrier Boston.

“Saya bersyukur kerana impian masa kecil untuk menjadi suara kepada watak dalam filem animasi kini menjadi kenyataan dan sangat berbesar hati dapat mewakili Malaysia dalam suntingan khas filem antarabangsa ini!”, katanya.

Dia juga mengatakan sangat teruja dengan peranan ini walaupun ia adalah bahagian kecil sahaja. Waffles merupakan seekor anjing yang pemiliknya berasal dari Subang Jaya dan berpindah ke Metropolis sebagai ekspatriat. Oleh itu, Waffle juga mempunyai loghat Malaysia yang pekat.

Di dalam filem ini, Krypto iaitu anjing peliharaan Superman perlu bersama dengan haiwan-haiwan lain yang masing-masing mendapat kuasa tersendiri cuba untuk menyelamatkan Superman yang telah diculik. DC League of Super-Pets akan ditayangkan pada 28 Julai 2022.

Sebelum ini, Keanu Reeves akan menjadi pelakon suara untuk watak Batman. Manakala The Rock membawa watak Krypto dan Kevin Hart adalah Ace iaitu anjing peliharaan Batman.

Sohor Kini