Hoyoverse hari ini telah mengumumkan pembukaan ibu pejabat baharu untuk mereka di Singapura. Ia adalah ibu pejabat kelima di luar China selepas Montreal, Los Angeles, Tokyo dan Seoul. Ibu pejabat di Singapura ini akan menjadi hab yang penting untuk pengedaran dan juga operasi secara global.

Ibu pejabat ini seluas 28 ribu persegi akan tetapi mengekalkan gaya kerja fleksibel untuk membolehkan pekerja di Singapura dan juga Amerika Utara bekerja di mana-mana sahaja.

Sepanjang tahun 2022, mereka juga menyasarkan untuk menambah lebih seratus pekerja baharu di Singapura dan anda boleh layari pautan ini untuk melihat jawatan-jawatan yang tersedia.

Hoyoverse buat masa ini mempunyai tiga permainan utama iaitu Genshin Impact, Honkai Impact 3rd dan Tears of Themis. Dua permainan baharu juga telah diumumkan iaitu Honkai: Star Rail dan Zenless Zone Zero.

Sohor Kini