Parabole dan Ravenscourt telah mengumumkan permainan susulan untuk siri permainan detektif mereka iaitu Kona dengan judul Kona II: Brume. Ia diumumkan akan tiba pada tahun 2023 untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Nintendo Switch dan PC.

Anda boleh tonton video pengumuman di bawah.

Kona II akan sekali lagi mengikut detektif Carl Faubert yang kali ini menyiasat mengenai misteri berlaku di Brume yang merupakan satu kawasan yang secara sendirinya berbahaya. Oleh itu, selain menyiasat, pemain juga perlu memastikan dapat bertahan dengan cuaca yang tidak baik ini.

Sohor Kini