Digital Bros Umum Studio Penerbitan Baharu – Hook

Digital Bros iaitu syarikat induk untuk studi penerbitan popular 505 Games telah mengumumkan penubuhan studio penerbitan baharu iaitu Hook. Studio baharu ini akan bertempat di Milan, Itali dan diselia oleh veteran-veteran di dalam industri.

Hook akan memfokuskan kepada permainan indie dan akan memberikan dana, sokongan pembangunan, QA, penempatan, pemasaran dan juga perhubungan awam.

Antara projek yang sedang dibangunkan bawah Hook adalah Kingdom of the Dead oleh Dirigo Games, Madshot oleh Overflow dan Unholy oleh Duality Games bersama dengan permainan-permainan yang tidak diumumkan lagi.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari https://hookgames.net/.

Sohor Kini