Survios dan 20th Century Games telah mengumumkan yang mereka sedang membangunkan permainan baharu berdasarkan siri filem Alien iaitu Aliens. Ia adalah permainan aksi seram dan memfokuskan kepada sesi permainan secara solo.

Ia akan menyertakan penceritaan baharu adan akan berlaku di antara filem pertama iaitu Alien dan filem kedua Aliens. Ia dibangunkan untuk konsol, PC dan realiti maya.

Survios juga mengatakan yang Aliens akan dibangunkan menggunakan Unreal Engine 5 dan sedang mencari pekerja untuknya.

Sohor Kini