Rusia Ingin Hadir Dengan Enjin Permainan Tersendiri

Kommersant iaitu laman berbahasa Rusia telah melaporkan yang Vkontakte iaitu syarikat teknologi yang boleh dikatakan sebagai Facebook di Rusia telah memberi cadangan kepada kerajaan Rusia untuk hadir dengan enjin permainan tersendiri.

Ini adalah selepas kebanyakan syarikat teknologi dan juga studio permainan video telah meninggalkan negara tersebut sebagai protest terhadap Rusia yang melakukan serangan terhadap Ukraine awal tahun ini.

Walaupun ia masih di peringkat cadangan, akan tetapi ia adalah satu perkara yang berkemungkinan akan berlaku, ini adalah kerana Rusia telah mengumumkan “Kedaulatan Digital” di mana mereka ingin menghasilkan teknologi tersendiri tanpa bergantung harap kepada syarikat dari negara-negara lain.

Andai kata projek enjin permainan ini berlaku, ia akan mengambil beberapa tahun lagi untuk siap dibangunkan, melainkan mereka menggunakan enjin sedia ada sebagai asas seperti Unity ataupun Unreal Engine.

Terima kasih PC Gamer.

Sohor Kini