Yu Yu Hakusho disahkan akan diadaptasi menjadi siri TV aksi nyata di Netflix. Selepas bertahun daripada pengumuman ini, akhirnya Netflix mendedahkan pelakon utama untuk siri TV ini. Netflix mendedahkan informasi ini melalui beberapa poster ciri watak dan juga poster dua watak utama.

Watak Yusuke Urameshi akan dilakonkan oleh Takumi Kitamura (Tokyo Revengers) dan watak Kurama pula akan dilakonkan oleh Jun Shison. Siri ini diarahkan oleh Sho Tsukikawa dan turut menjamin yang ia akan mempunyai kualiti kesan visual yang tinggi, serta boleh cuba menarik hati pelanggan Netflix di peringkat global.

Yu Yu Hakusho mengisahkan seorang remaja nakal, Yusuke Urameshi. Dalam satu kejadian kemalangan, beliau mati kerana cuba selamatkan seorang kanak-kanak. Kerana tidak tahu tempat beliau di neraka atau syurga, beliau diberi peluang oleh Botan untuk hidup semula dan menjadi detektif untuk menyiasat dan menghentikan makhluk atau setan yang terlibat dengan manusia.

Yu Yu Hakusho turut mempunyai anime yang dikeluarkan pada tahun 1992-1994 dengan 112 episod. Tetapi adaptasi sir aksi nyata ini dikatakan akan mengikut manga yang dikeluarkan pada 1990.

Sohor Kini